Thursday, 14 July 2011

The Weddings : Zai & Za

Rakan sepejabatku, diorang ni memang best...dua-dua pun macam malu2 gitu, satgi aku nak post kat wall facebook diorang...heheeeee.

Semoga berbahagia sampai bila-bila ya, semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, hopefully sentiasa diberkati ALLAH SWT.















The Weddings : Subaidah & Husband

Satu lagi job aku jadi 2nd photog. Kenapa tak banyak gambar yang aku post bila aku jadi 2nd photog? sebabnya bagi aku, sebagai 2nd photog aku perlu membantu OP dalam segala keperluan dia, zaman sekarang tak ramai yang suka pegang lighting untuk OP, tapi aku lain...aku akan pegang lighting untuk OP.

    Sebenarnya kalau kita pegang atau arrange lighting kita akan lebih memahami kedudukan yang sebenar dan yang sesuai dengan kehendak kita. Tidak bermakna bila kita pegang lighting tu kita ni teruk sangat sebab takleh ambik gambar. Pemikiran kena terbuka, kita nak bagi yang terbaik pada client dan juga rakan kita yang jadi OP tu. Dalam erti kata lain, penghasilan gambar yang terbaik dari OP adalah hasil kerja kita juga sebagai tukang pegang lampu. Mulia tugas ni beb, kalo takde tukang pegang lampu, camna la nak dapat hasil yang menarik dan menjimatkan masa. =)





The Weddings : Haniza & Shahril

Kali ini job aku membawa aku ke Batu Gajah, mengikut kata orang tempatan...nama tersebut diberi disebabkan ada terdapat sebungkah batu yang berbentuk gajah, dipercayai seekor gajah telah disumpah oleh Sang Kelembai...dari situlah terhasilnya nama Batu Gajah (wallahualam...)

    Few shot telah diambil di Kellie`s Castle, kepada photog yang nak ambik gambar kat sini, pastikan bawak duit extra ye...sebab setiap photog akan dikenakan bayaran, manakala pada yang nak shoot pengantin tak silap aku kena bayar RM50. =)










The Weddings : Azima & Malik

Job ni aku tag along dengan sahabat aku...job untuk wedding planner, aku jadi 2nd photog je. =)



The Weddings : Diana & Din

Teluk Intan memang indah, orangnya peramah belaka...Menara Condong di tengah-tengah bandarnya menjadi tarikan pelancong. Banyak sawah padi yang terbentang luas di kawasan ni. Diana & Din, sinonim kan nama diorang.

     Pasangan yang supporting gile beb, alhamdulillah...senang aku nak buat kerja dengan diorang. Penganting perempuannya kepala agak gila-gila sikit (heheeee...jangan marah ye Diana), pengantin lelakinya agak pendiam sikit. Tapi diorang memang best.










The Weddings : Emi & Paiee

They are the lovely couple, majlis pernikahan & perkahwinan diadakan di Bukit Beruntung. Kedua-dua mempelai memang sporting habis, yang menariknya pengantin lelaki memiliki minat yang sama ngan aku "Cycling".

     Macam kat Broga?(jangan sebut kuat-kuat, pengantin lelaki marah nanti...mencarut katenye) takdelah...semua tu shoot kat area Bukit Beruntung jugak, dekat-dekat dengan rumah pengantin perempuan aje.

     Beberapa hari selepas majlis selesai, aku bawak diorang ke studio kawan aku dekat area Sri Damansara. Berikut adalah hasil kerja yang telah aku lakukan.







The Weddings : Elly & Piah

Perjalanan kali ini membawa ku ke Gopeng, kedua mempelai memberikan kerjasama yang amat baik kepadaku, kebetulan diorang ni kawan kepada kenalanku...kira macam kenalanku jugalah.